Monday, June 13, 2016

Dia #part4

Sedang dia mengemaskan dirinya, tiba tiba pintu dihadapannya dibuka. Terasa dunianya terhenti seketika. Kenapa mesti sekarang? Tunggulah lagi 10-20 minit

'Cik Suraya dah boleh masuk sekarang'

Dipaksa bibirnya menguntum senyuman. Tak mampu berkata, di saat ini dia hanya mampu mengangguk sahaja. Lantas dicapai barang-barangnya di atas kerusi disebelahnya. Perempuan muda yang memanggilnya tadi tidak lagi kelihatan. Entah hilang ke mana.

Dia cuba mengawal segala rasa gemuruhnya. Dengan penuh yakin,dia berjalan melangkah masuk ke bilik perbincangan di hadapannya. Terdapat sebuah meja berbentuk segi empat tepat dan beberapa buah kerusi tersedia di dalam bilik tersebut. Kelihatan tiga orang panel sudah menunggunya di dalam bilik tersebut. Di kanan, seorang perempuan yang kelihatan agak berusia sedang sibuk membelek beberapa helai kertas manakala di tengah dan kirinya, dua orang lelaki yang dia agak berada dalam kumpulan usia yang sama sedang merenung ke arahnya.

Terus dia rasa nak pitam, nervous punya pasal. Ah, dia tak pernah berada dalam situasi sebelum ni. Ini yang pertama kali jadi, dia sekarang rasa sangat takut, risau, rasa nak lari keluar dari bilik tersebut. Namun, dia bijak mengawal segala rasa negatif tersebut, tahniah buat diri beliau.

Terdapat sebuah kerusi kosong yang tersedia di meja tersebut, berhadapan dengan ketiga-tiga panel yang ada. Dia kira itu tempat yang tersedia khas untuknya. Lantas diambil tempatnya selepas dia menyerahkan sebuah fail yang berisi segala maklumat mengenai diri beliau kepada panel yang berada di hujung kanannya.

'Ok, ceritakan tentang diri awak.' kata lelaki di tengah itu memulakan perbualan.

Dia menarik nafas panjang, menghadiahkan senuyuman manisnya lalu terus menjawab segala soalan yang keluar. Walaupun dia tak pasti dengan jawapannya, dia tetap kelihatan tenang.

Selepas 30 minit, dia melangkah keluar dari bilik tersebut dan terus menarik nafas lega. Cuma satu yang diharapkannya, moga ada sinar baru untuknya di sini.

Friday, March 18, 2016

Dia #part3

Diperhatinya sahaja dari jendela bilik tidurnya seekor kucing putih yang sedang menguis nguis tanah. Nak berak la tu. Tiba tiba dia terfikir, seronoknya jadi seekor kucing. Ramai yang suka, ramai yang sayang. Mengiau ja, mesti ada yang datang memain pastu bagi makan. Seronok kan? Tapi kucing banyak sangat yang jumpa mati kena langgar. Tak tengok lagi yang menderita sebab sakit. Kadang ada yang kurus kering sangat, kesiannya. Taknak la jadi kucing.

Seekor rama rama tiba tiba terbang melintas depan matanya. Pandangannya terganggu lantas ekor matanya melirik ikut rama rama itu terbang. Dia cuba menangkapnya tapi gagal. Tiba tiba terlintas dihatinya, seronoknya jadi seekor rama rama. Tengoklah sayap dia, cantiknya. Ramai yang puji pulak tu. Lepas tu boleh terbang ke mana saja yang dia suka. Seronoknya, Teringinnya ada sayap macam tu, mesti ramai yang puji cantik lepas tu boleh terbang sesuka hati. Tapi nanti kalau burung tangkap macam mana? Mati macam tu ja. Taknak la jadi rama rama.

Pandangannya terpaku pulak dengan sebuah akuarium di ruang tamu rumahnya. Kelihatan tiga ekor ikan emas sedang berenang di dalamnya. Timbul pulak rasa hatinya seronoknya kalau jadi seekor ikan emas. Dapat berenang dengan kawan kawan yang lain. Takpayah susah fikirkan masalah kerja, masalah cinta, masalah keluarga, masalah dunia. Cukup masa, ada orang bagi makan. Tak payah susah nak fikir mana nak cari makan. Tapi lama lama asyik berenang dalam akuarium ja, bosan jugak kan? Rasa terkurung. Lama lama mati sebab stress terkurung dalam kotak kaca tu. Taknak la jadi ikan emas.

Dan terdengar pulak bunyi ngauman harimau dari arah ruang tamu. Adik tengok tv lah tu. Maklumlah, adik dia suka sangat tengok National Geographic. Dan tiba tiba dia terfikir seronoknya kalau jadi seekor harimau. Semua haiwan takut dengan harimau. Bolehlah feeling macam raja hutan kan? Dahla gagah, tangkas pulak tu. Kalau main kejar kejar dengan lembu ka, rusa ka, kuda ka, mesti boleh menang. Seronoknya. Tapi sekarang harimau makin pupus kan? Banyak sangat pemburu haram yang buru sebab nak dapatkan kulit harimau. Ada jugak yang nak dapatkan gigi taring tu. Seramnya, nanti kalau kena tembak macam mana? Tak guna juga rasa gagah kalau macam tu. Taknak la jadi harimau.

Ditenungnya awan di langit, rasa macam nak hujan ni. Lantas ditutup jendela terus merebahkan badannya ke katil. Difikirnya kembali. Nak jadi kucing pun masalah. Nak jadi rama rama pun masalah. Nak jadi ikan emas pun masalah. Nak jadi harimau pun masih ada masalah sendiri. Semua ada pros and consnya. Tak boleh la nak rasa sempurna ja hidup, jadilah apa pun, masalah tetap ada.

Baik dia jadi diri dia ja. Walaupun sekarang ni dia rasa macam nak pecah kepala fikirkan seratus juta masalah yang takpernah jemu nak datang, paling tidak pun dia ada la jugak selesaikan walaupun satu. Teringat kata kata gurunya, manusia yang cipta masalah tu, kenapa nak takut fikir penyelesaiannya? Setiap masalah itu ada jalannya. Jangan risau, jangan takut, jangan lari tapi hadap lah dengan bergayanya. Macam mana nak rasa bergaya? Ala, dah cerita kan kena pakai kasut yang cantik baru boleh melangkah dengan bergaya.

Ok merapu.

Pointnya kat sini nak cakap walau apa pun yang jadi, bersyukurlah dengan diri sendiri. Mana tahu entah entah kucing, rama rama, ikan emas dan harimau pun pernah terfikir alangkah seronoknya kalau jadi seorang manusia..

Wednesday, February 24, 2016

Dia #part2

Masih berbaki 20 minit sebelum habis office hour. Kerja masih ada yang perlu disiapkan tapi sejak sejam yang lepas, dia hanya mampu merenung kosong skrin komputernya. Fikirannya semakin bercelaru. Entah apa yang bermain di fikirannya, dia sendiri kurang jelas.

Cuma yang dia pasti, ia berkaitan masa silamnya. Ya, mengenai kisah lamanya. Namun dia sendiri tak pasti, adakah semua ini ada maksud yang tersendiri? Atau cuma bisikan syaitan yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk terus memporak perandakan hidup umat manusia?

Sejak sejam yang lepas dia asyik mempersoalkan dirinya sendiri, 'kenapa dikenang cerita yang lalu? Kenapa diusik luka yang lama? Mahu berdarah kembali?' Namun apakan daya, soalan itu kekal sebagai soalan yang tidak punya jawapan.

Dia, yang pernah jatuh terduduk tersungkur kerana kisah itu, apa lagi yang dia harapkan sekarang? Masih berharap untuk terus bertahan? Tidak, bukan sekali dia terjatuh malah berkali kali. Berkali kali. Tiap kali terjatuh, dia hanya mampu berdoa agar kekuatan sentiasa ada untuk dirinya bangkit semula, walaupun secebis cuma.

Ramai yang datang memujuk, malah ada yang menawar sinar baru dalam hidupnya. Tapi apakan daya, dia cuma manusia biasa. Lemah. Selepas berkali tersungkur, apa yang engkau harapkan daripadanya? Tidak, bukan salah engkau, bukan salah mereka. Salah dia yang terus takut untuk mencuba sekali lagi. Salah dia yang fobia. Tidak, kau tak salah. Dia yang salah.

Fikirannya terus kosong. Imaginasi liar yang asyik datang menjengah sejak dari tadi lagi kian membuas. Dia sendiri tidak mampu mengawal dirinya. Dan sekali lagi, dia jatuh tersungkur. Sekali lagi dia tewas dengan dirinya sendiri.