Hai hati hati yang terluka semua! Apa khabar hati awak hari ni? Makin sihat atau makin parah? Darah tu masih segar mengalir lagi ke? Hei janganlah macam tu. Kesianlah ke diri awak
Aaahh kau, cakap memanglah senang. Pernah kau rasa peritnya bila hati terluka? Pernah?
Hei kamonlah. Dari kecil lagi hati selalu terluka tahu. Bila tak terpilih masuk kumpulan Nasyid sekolah rendah, sedih. Bila kalah dalam pertandingan mewarna Bulan Kemerdekaan waktu Darjah 4, balik rumah dah menangis nangis. Bila nak beli aiskrim waktu Darjah 6 dan mak kau tak bagi sebab kau tak sihat, mulalah tarik muka. Mulut pun muncung macam itik dah. Tak ke hati terluka juga tu?
Tapi kenapa waktu tu kita senang sangat nak terus jalan ke depan tanpa berpaling ke belakang lagi?
Kalau cerita pasal cinta, takboleh lari lah dengan hati yang terluka. Entah kenapa, mungkin sudah sinonim agaknya. Cinta, bahagia, derita. Kekadang kau yang over lebih padahal pasangan kau tu rileks ja. Pasangan tak belikan Cornetto Blackforest, dah over cakap dia tak sayang kau dah. Padahal sebelum tu dah melantak dua bekas besar Baskin Robbins dah.
Itu belum cerita lagi bila nak sambut Hari Lahir. Wah demand kau, member dapat hadiah bear sebesar saiz Katil Queen, kau pun nak jugak satu. Bila pasangan tak belikan, mula lah kau nak meroyan cakap dah tak cinta la apa la. Padahal bulan lepas baru ja dia belikan seguni Mickey Mouse sempena Hari Konvokesyen kau.
Dalam bercinta jangan nak minta pelik pelik sangat. Mentang mentang dia sayangkan kau, kau pun mengada nak itu ini. Sekali dia tak tahan, angkat kaki, barulah kau nak menangis sengsorang. Sebulan jadi adik beradik panda. Pergi kelas dengan mata bengkak. Pastu kengkawan semua mulalah tegur rajin sangat study sampai tak tidur malam. Padahal dorang tak tahu yang memalam kau selalu berdrama bawah selimut sengsorang. Hmm
Itulah. Sapa suruh perangai macam hantu sangat? Hantu kot, mana ada orang nak kawan. Semorang bila nampak hantu ja terus langkah seribu.
Dan bila jadi macam tu, mulalah hati berdarah kembali. Waktu tu terasa macam dunia semua gelap gelita. Hidup pun macam hidup sengsorang ja padahal berjuta umat manusia ada kat Bumi ni. Waktu tu mulalah drama mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Eleh over ja semua tu. Padahal realitinya berat badan naik 10 kg masa tengah frust menonggeng.
Apa nak buat bila jadi macam tu? Hei sabarlah. Jangan ikut sangat perasaan kau tu. Kau ada akal kot. Perasaan mana ada akal. Ia hanya bertindak ikut apa yang kau fikirkan saja. Kalau dah fikir nak buruk buruk, negatif ja, perasaan pun samalah. Waktu tu mulalah adegan nak bunuh diri bagai. Apa kau ingat lepas kau bunuh diri tu dia nak balik ke kau? Eh kalau dia nak pun, kau dah mati kot? Kau ingat dia nak bercinta dengan hantu?
Jangan risau. Buang semua kisah kau dengan dia. Teruskan hidup kau tu. Kekadang kau tak rindukan dia pun, Cuma kenangan bersama dia yang kau rindukan. Jangan konfius. Jangan biarkan diri terus hanyut dalam kenangan lalu. Kamon! Ayuh jalan ke depan, tinggalkan yang tak guna tu di belakang.
Macam mana nak terus jalan ke depan dengan bergayanya? Salah satu caranya ialah kau boleh pakai kasut yang baik dan selesa untuk kau berjalan ke sana ke sini, maka kau boleh berjalan ke depan dengan bergaya dan yakinnya. Trylah!
Jangan gusar. Jangan gelisah. Cinta itu ada di mana mana. Cuma mungkin kau yang tak nampak. Yakinlah, akan sentiasa ada tangan yang menghulurkan kau cinta. Cuma kau lah, sudah bersedia atau belum nak sambut tangan tu?
Dan dalam hati kau tu, jangan pernah ada rasa dendam, tak puas hati dan seangkatan dengannya. Percayalah, itu semua sebenarnya tanda kau tak bersyukur dengan apa yang dah jadi. Dan realitinya, kau sendiri takkan pernah puas walaupun kau dah berjaya balas dendam ke dia. Kau akan sentiasa nak dan nak dan nak lagi. Biasalah, manusia mana pernah puas bukan?
Jadi, pada aku, cara yang terbaik untuk kau balas dendam ialah lepaskan dia secara perlahan lahan dan belajar terima kenyataan yang kau dan dia tak ada jodoh. Dan kau kena yakin bahawasanya ada seseorang yang sedang menunggu kehadiran kau di lain tempat. Mungkin esok, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan, kau akan bertemu dengannya. Jangan risau. Jodoh pasti bertemu satu hari nanti
Jadi sekatlah airmata itu. Laplah darah yang mengalir itu. Ayuh buang belakang semua cerita pedih itu dan mulakan melangkah ke hadapan dengan bergayanya!
No comments:
Post a Comment