Sedang dia mengemaskan dirinya, tiba tiba pintu dihadapannya dibuka. Terasa dunianya terhenti seketika. Kenapa mesti sekarang? Tunggulah lagi 10-20 minit
'Cik Suraya dah boleh masuk sekarang'
Dipaksa bibirnya menguntum senyuman. Tak mampu berkata, di saat ini dia hanya mampu mengangguk sahaja. Lantas dicapai barang-barangnya di atas kerusi disebelahnya. Perempuan muda yang memanggilnya tadi tidak lagi kelihatan. Entah hilang ke mana.
Dia cuba mengawal segala rasa gemuruhnya. Dengan penuh yakin,dia berjalan melangkah masuk ke bilik perbincangan di hadapannya. Terdapat sebuah meja berbentuk segi empat tepat dan beberapa buah kerusi tersedia di dalam bilik tersebut. Kelihatan tiga orang panel sudah menunggunya di dalam bilik tersebut. Di kanan, seorang perempuan yang kelihatan agak berusia sedang sibuk membelek beberapa helai kertas manakala di tengah dan kirinya, dua orang lelaki yang dia agak berada dalam kumpulan usia yang sama sedang merenung ke arahnya.
Terus dia rasa nak pitam, nervous punya pasal. Ah, dia tak pernah berada dalam situasi sebelum ni. Ini yang pertama kali jadi, dia sekarang rasa sangat takut, risau, rasa nak lari keluar dari bilik tersebut. Namun, dia bijak mengawal segala rasa negatif tersebut, tahniah buat diri beliau.
Terdapat sebuah kerusi kosong yang tersedia di meja tersebut, berhadapan dengan ketiga-tiga panel yang ada. Dia kira itu tempat yang tersedia khas untuknya. Lantas diambil tempatnya selepas dia menyerahkan sebuah fail yang berisi segala maklumat mengenai diri beliau kepada panel yang berada di hujung kanannya.
'Ok, ceritakan tentang diri awak.' kata lelaki di tengah itu memulakan perbualan.
Dia menarik nafas panjang, menghadiahkan senuyuman manisnya lalu terus menjawab segala soalan yang keluar. Walaupun dia tak pasti dengan jawapannya, dia tetap kelihatan tenang.
Selepas 30 minit, dia melangkah keluar dari bilik tersebut dan terus menarik nafas lega. Cuma satu yang diharapkannya, moga ada sinar baru untuknya di sini.
No comments:
Post a Comment