Monday, December 9, 2013

Dia #part1

Tanpa disedari pipinya basah dengan linangan airmata. Gusar roomatenya sedar, lantas dia bangun dalam kegelapan menuju ke almarinya. Kain hijau yang disangkut di tepi almari itu dicapai. Segera diseka air mata yang menitis laju dipipinya dengan harapan tidak ada lagi yang akan menitis

Ditahan perasaan yang berkecamuk di hatinya. Dia tahu, jika dia tidak mampu mengawal perasaannya, roomatenya pasti sedar dan mula bertanya. Dia tidak mahu itu. Lantas dia keluar dari bilik. Tidak tahu mana lagi kaki itu mahu menapak, akhirnya tandas juga yang ditujunya

Sempat lagi dia mengintai keadaan sekeliling. Bimbang kalau kalau ada mata yang memerhati gerak gerinya. Jarum jam ketika itu hampir mendekati angka 2 namun masih ada yang berjaga di depan pintu bilik pantri. Menunggu mesin basuh agaknya. Ahh biarkan dia.

Segera dia menuju ke singki lalu dibasuh mukanya. Ahh mata sudah kelihatan merah. Itu yang dia tidak mahu. Bimbang ada kenalan yang masih berjaga dan ternampak dia dalam keadaan begitu. Dia tidak mahu itu! Dia tidak suka orang lain risau akannya.

Hampir 30 minit dia membuang masa di situ. Menunggu sehingga hatinya puas. Ditenung keadaan sekeliling. Hujan renyai mula membasahi bumi. Gelap. Sunyi. Sejuk. Bahagianya andai dia mampu lelapkan mata seperti penghuni yang lain sekarang. Tiba tiba perasaan cemburu datang menjenguk apabila membayangkan mereka yang lain sedang lena dibuai mimpi sedangkan dia masih lagi berperang dengan perasaan sendiri.

Mata putihnya mula kembali seperti sedia kala. Hilang sudah garisan garisan merah. Ternyata dia sudah mampu mengawal perasaannya. Walaupun sakit itu masih ada tapi dia cuba pulihkan sakit itu sendiri. Dia yakin dia mampu. Dia yakin dia boleh. Persoalannya entah sampai bila dia mampu bertahan? Jangan tanya dia kerana jawapannya hanya satu. Entah taktau.

Kakinya mula menapak keluar dari tandas. Tuala hijau miliknya disangkut di tepi bahu kanan. Dengan penuh yakin dia mula melangkah kembali ke biliknya. Saat pintu dibuka, mulut dia terus mengukir senyuman. Bagai tiada apa yang berlaku, dia masuk ke dalam bilik lantas terus menuju ke katilnya. Roomatenya yang lain masih leka melayan Running Man di skrin komputer masing masing. Dia gembira kerana mereka tidak nampak keadaanya tadi. Tanpa berpikir apa apa dia terus baring lantas mula mencipta mimpinya sendiri. Cuma satu harapannya ketika itu. Moga hari esok hadir dengan sinar baru

3 comments:

A said...

Apa niiiii...ada cita bru ka sis?? Nnti stori mori taw!

A said...

Ada cita bru jdi ka sis?nnti stori mori taw!

A said...

Apa niiiii...ada cita bru ka sis?? Nnti stori mori taw!