Wednesday, March 27, 2013

Al-Fatihah buat arwah wan

Assalamualaikum

Hidup mati kita, manusia semuanya di tanganNya. Kita tak tahu bila tiba masa kita. Cuma kita harus bersedia menghadapinya. Mungkin hari ni Jua masih mampu tersenyum sihat tapi entah esok lusa, Jua sudah terlantar sakit di hospital. Mungkin hari ini Jua masih mampu makan nasi tapi esok lusa Jua dah tak mampu untuk makan even sebutir nasi. Terasa takut bila fikir semua ni

Dan kemarin, tanggal 26 Mac, wan Jua sendiri telah dipanggil untuk menghadapNya. Jua tak sedih bila dapat berita ni sebaliknya Jua hanya mampu tersenyum sambil berlinangan air mata. Kenapa? Kerana wan meninggal di Tanah Suci Mekah sana. Ya, wan meninggal dalam masa tengah beribadat padaNya. Allah.. Hanya Dia yang tahu betapa besarnya ganjaran yang menanti wan. Cuma Jua agak terkejut bila dengar berita ni. Dalam masa setahun dua bulan, Jua kehilangan Wan Chad, Tok Gayah dan Wan Man. Sungguh Jua terkejut.

Jua dapat berita bukan dari umi tapi dari wassap Abang Jalil. Menggigil tangan Jua bila baca wassap Abang Jalil. Baru dua minggu lepas Jua hantar wan ke KLIA. Baru dua minggu lepas Jua sembang dengan wan. Baru dua minggu lepas Jua gembira ambik gambar dengan wan. Tak sangka hari ni, semua tu hanya tinggal kenangan.

Cakap dengan umi di telefon semalam. Alhamdulillah.. Semua redha dengan pemergian wan. Tambah lagi di tempat suci macam tu. Disolatkan dan didoakan pulak oleh beribu orang yang jugak dalam niat yang sama macam wan. Terasa wan sangat beruntung. Syukurlah..

Umi juga ada cerita kisah wan dulu. Sungguh, sayu hati Jua dengar cerita umi. Umi cakap, wan memang niat lama dah untuk ke tanah suci Mekah tapi apakan daya, beberapa tahun lepas wan asyik tak sihat. Alhamdulillah rezeki wan apabila wan dengan tok turut tersenarai untuk ke Haji dua tahun lepas. Malangnya, sekali lagi wan terpaksa tangguhkan sebab masalah kesihatan. So tak jadi ke Haji pada tahun tu. Tahun lepas, wan dengan tok sepatutnya menunaikan umrah bersama sama tapi malangya, kesihatan wan terus terganggu. Akhirnya wan terpaksa tarik diri manakala tok pergi sambil ditemani oleh Mama. Namun tahun ni wan nekad untuk pergi jugak ke sana. Sebenarnya kesihatan wan masih kurang baik tapi wan sangat dah nekad untuk pergi jugak sana tahun ni. Sambil ditemani Abang Jalil dan Kak Ayu, wan kuatkan diri untuk menunaikan umrah pada tahun ni.

Sesungguhnya Allah dah aturkan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Keadaan wan yang tidak sihat hingga menyebabkan wan terpaksa menangguhkan hajatnya yang telah lama disimpan membuahkan hasil apabila wan berjaya menunaikan juga umrah pada tahun ni. Alhamdulillah.. Allah juga telah aturkan untuk wan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Tanah Suci Mekah. Sesungguhnya penantian wan sangat bermakna. Kata Abang Jalil yang sempat melihat wajah terakhir wan, muka wan seolah-olah sedang tersenyum gembira dan nampak sangat bersih

Sebenarnya di hati kecil Jua dah rasa tak sedap masa hantar wan kat KLIA hari tu. Terasa berat ja hati ni nak lepaskan wan pergi. Sungguh. Tapi Jua tepis rasa tu jauh jauh. Jua pujuk juga hati ni sambil berbisik takda apa yang berlaku. Lagipun wan ke tempat baik. I'Allah, tiga orang pergi tiga orang balik. Begitulah Jua pujuk hati kecil ni. Tapi apakan daya. Kita manusia hanya mampu merancang dan berdoa tapi Dia yang tetapkan segalanya. Jua redha dengan apa yang dah jadi. Keluarga Jua pun macam tu. Lagipun wan pergi dengan mudah. Takda apa yang perlu kami tangisi :')


arwah wan dengan Kak Ayu dan Abang Jalil




ketika menunaikan umrah




di ladang unta. selepas umrah selesai.



Semoga arwah wan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah


p/s :: gambar arwah yang Abang Jalil wassap sepanjang kat sana seolah olah jadi kenangan terakhir arwah wan untuk Jua sekeluarga

No comments: