Monday, October 29, 2012

kehilangan yang dirasai :'(

assalamualaikum. bismillah..


4 oktober 2012
antara tarikh yang diingati oleh ahli keluarga jua selain 19 januari 2012. masih segar lagi di ingatan jua peristiwa itu. jika 19 januari yang lepas wan telah pergi mengadap Ilahi, 4 oktober yang lepas pulak ialah giliran tok untuk berjumpa sang Pencipta. berita kehilangan tok mengejutkan kaum kerabat yang lain. malah sehingga sekarang jua sendiri masih terpukul dengan berita itu. dalam jarak masa yang tak sampai sembilan bulan, jua telah kehilangan kedua dua tok dan wan sebelah abah

kehilangan yang jua rasa agak besar terutama untuk anak anak tok dan wan. maklong, makngah, abah, makteh dan cikla, semuanya sedih dengan pemergian tok dan wan. sehingga sekarang masih terasa kehadiran arwah di sisi kami namun apa jua yang berlaku kami redha. bukankah dunia ini hanya persinggahan sementara untuk para manusia?

rumah kepunyaan tok dan wan sehingga sekarang masih dijaga dengan baik. setiap minggu cikla atau makteh akan pulang menjenguk rumah itu. kadang kadang makcik ros jugak datang menjenguk. risau jika ada perkara buruk yang berlaku di rumah itu. anak anak tok dan wan jugak telah bersepakat untuk pulang ke sana beramai ramai terutama time cuti sekolah dan cuti umum. usahlah risau. tradisi itu akan terus berjalan walaupun tok dan wan telah tiada.

setiap yang hidup pasti akan menemui ajal jugak. cuma bezanya cepat atau lambat, senang atau susah. sakit? ya itu pasti. sesungguhnya sakit mati itu merupakan sakit yang paling sakit buat sekalian manusia.

tok,wan, bersemadilah di sana. cucumu ini sentiasa doakan semoga tok dan wan ditempatkan dengan orang orang yang beriman..


al-Fatihah


p/s :: entry dalam draft. baru sempat dipublish

2 comments:

Miss Orangeee said...

al fatihah...semoga tok ngan wan ditempatkan dlm kalangan org yg beriman...x sempat nk balik...huhu

AsmaAqilah said...

alfatihah..aku ada kalau kau perluakan tmpat ngadu :)