Thursday, January 26, 2012

wan.. :')

salam..
haii.!

lama jua tak update blog nieh. kalau ikutkan hati jua nak ja jua update blog nieh lepas habis last paper jua tapi macam-macam yang jadi sampaikan hilang habis mood jua nak menulis dalam blog nieh. entah kenapa jua hilang terus semangat jua nak menulis sedangkan jua memang suka menulis. even dulu jua pernah bercita-cita hendak jadi penulis tapi apakan daya., hangat-hangat tahi ayam saja.

ok sudah. ter'emo' la pulak. hehe. back pada story jua tadi..

starting dari 18 januari yang lepas., beberapa minit selepas jua tamat exam jua. tiba-tiba jua dapat call dari umi. katanya wan jua sedang tenat di hospital. tyme tue jua dah start tak mampu berfikir dah. tiba-tiba lutut jua terasa lemah. namun disebabkan jua ada bersama kawan jua., jua gagahkan juga diri jua seperti tiada apa-apa yang berlaku. umi mula menyoalkan tentang kepulangan jua pada esok harinya. dan memandangkan jua memang kena balik sendiri jadi jua mula merancang perjalanan jua. kebetulan pula rakan jua nak datang untuk pick up jua di USM pada esok hari. maklumla., sudah lama tak berjumpa so kami plan untuk jumpa pada esok hari tapi memandangkan keadaan sudah berubah., jua terpaksa mengubah plan perjalanan kami. syukurlah mereka mengerti. jua beruntung mempunyai rakan seperti mereka. terima kasih.. :)

keesokkan pagi., seawal jam 9 pagi jua dah pun ready. panggilan umi seawal jam 7 mula membuatkan jua tak mampu untuk tidur semula. kata umi wan semakin tenat. umi suruh jua tiba seawal yang jua mampu. jua cuba menghubungi rakan jua. katanya mereka dalam perjalanan. dengan penuh sabar jua menanti ketibaan mereka. akhirnya., around 11 camtu dorang pun sampai. jua tak salahkan mereka kerana lewat sampai di USM kerana kami semua masih baru dalam 'drive' malah jua gembira dapat berjumpa mereka. terubat juga rindu jua terhadap mereka walaupun hanyalah seketika.

perjalanan ke hospital seberang jaya yang mengambil masa sejam lebih telah jua gunakan sebaik mungkin. macam-macam cerita yang kami ceritakan sepanjang perjalanan. riuh kereta kancil milik rakan jua kerana masing-masing mahu bercerita. maklumlah., lama sudah tak bersua. hati jua pun sempat terhibur. hilang sekejap rasa risau terhadap wan di hospital sana namun hati jua terus mengharapkan keajaiban dari Dia.

tiba sahaja di hospital kaki jua terus melangkah laju. walaupun tak jua tahu di mana bilik I.C.U namun jua tetap melangkah meninggalkan rakan-rakan di belakang. sebaik saja jua tiba di bilik tersebut., wajah pertama yang jua nampak ialah pak long jua. baru saja mulut ini nak bertanya di mana wan., pak long dah mula bersuara menyuruh jua menelefon abah. muka cemas pak long mula menakutkan jua. bila ditanya katanya jantung wan hampir berhenti. jua terpaku di depan pintu bilik ICU. berita itu ternyata mengejutkan jua. jua hilang akal seketika dan tiba-tiba jua dikejutkan oleh rakan jua. selepas itu tangan ini mula ligat menekan nombor telefon abah. sebaik sahaja panggilan dimatikan jua terus melangkah masuk. semakin dekat jua dengan katil wan., semakin besar langkah jua meninggalkan rakan-rakan jua di belakang.

bunyi mesin di katil wan dapat jua dengar dengan jelas. saat itu wan sudah terbujur kaku di atas katil. serius jua tak percaya dengan semua nieh. kenapa.? sebab baru minggu lepas wan datang menjemput jua di USM., pulang ke rumahnya di bukit tengah. sebab baru minggu lepas jua makan bersama wan di kampung. sebab baru minggu lepas jua berbual dengan wan sambil menonton TV. sebab baru minggu lepas wan menghantar jua semula pulang ke kampus. dan hari ini wan dikelilingi dengan pelbagai jenis wayar dan mesin. dan hari ini wan sudah terdiam kaku di atas katil. macam mana jua nak percaya dengan semua tue dalam sekelip mata.? tok masih setia menanti di sisi wan., mengharapkan wan sihat seperti dulu. anak-anak wan juga mula membacakan ayat-ayat suci untuk wan. jua.? masih terdiam di tepi katil wan., turut mengharapkan sesuatu berlaku. sesuatu yang gembira...

dan tiba-tiba hilang.! mesin yang menunjukkan denyutan jantung wan padam. saat itu air mata yang jua tahan mula menitis laju. diri ini mula sedar yang keajaiban tak mungkin berlaku lagi. diri ini juga mula belajar menerima kenyataan yang diri ini tak mungkin dapat berjumpa wan lagi. mustahil untuk jua berbual dengannya lagi. mustahil untuk jua makan semeja dengannya lagi. mustahil untuk jua bersalam dengannya lagi. mustahil untuk jua balik dijemput wan lagi kerana wan sudah dijemputNya dan tak mungkin akan pulang lagi.

semua yang berlaku ni ketentuan dariNya dan jua terima dengan redha. tepat jam 12.40 petang., wan menghembuskan nafasnya yang terakhir. dengan wajah yang tenang dan mulut yang tersenyum manis., wan pergi meninggalkan dunia ini. dan petang itu juga alhamdulillah wan selamat dikebumikan.

sebagai cucu., jua doakan wan selamat di sana. Al-fatihah..

p/s :: buat cik layha., cik ilha., cik trah dan cik nani., terima kasih sebab sudi jemput ak balik. maaf tak dapat ikut korang. nanti kita keluar lagi k.. terima kasih untuk segalanya.! :)

2 comments:

layha-banderz said...

xpe..setiap y hidup msti xakan kekal..juz sedekahkan al-fatihah je..
be cool k~~

N.I.E said...

be tough najwa,
wan ang p tmpt yg lebih baik, yg lebih indah.
tmpt d sisi Allah SubhanAllah :)