Saturday, December 13, 2014

Pagi dan imaginasi liar

Sekali lagi, sinar sang suria menjenguk dari luar jendela. Burung pun seperti biasa berkicauan seakan akan tahu tugasnya sebagai alarm aku tetiap pagi. Seperti pagi pagi biasa, tangan terus capai phone. Wah ada10 noti! Baru nak excited kejap dan jadahnya, semua dari group wassap. Aaaah sama ja seperti hari hari lain.

Perut pun waktu macam ni lah nak meragam. Minta disuap bagai. Hey sabarlah! Baru jam 9. Masih awal lagi nak lunch pun. Nakal betul. Hmmm Kadangkala rasa aneh bila marah marah perut sendiri sebab selalu sangat buat hal. Salahkah dia nak bermanja? K

Dengan rasa berjuta kemalasan, perlahan kaki melangkah menjauh dari katil. Hey malas betul nak tinggalkan katil kesayangan ni. Tapi apa boleh buat, terpaksa bangun bagi memuaskan nafsu perut sendiri. Mereka kata aku ada bela saka, asyik nak makan ja. Ehh kisah pulak. Kalau tak makan, aku yang tanggung sakitnya gastrik nanti.

Macam hari hari biasa, hanya mampu melunaskan kehendak saka sendiri dengan secawan teh strawberry. Aaaah itu memang kesukaan. Tetiap hari minum pun tak jemu. Kadangkala hati membentak juga. Jeleslah tu, asyik dilayan kehendak saka saja. Hati teringin nak memulakan hari dengan secawan kopi bersama sepinggan nasi lemak. Dan juga surat khabar. Perghhh feeling orang bekerjaya sangat. Kah! Sabarlah hati. Kehendak awak tu tinggi sangat.

Waktu waktu macam ni mulalah imaginasi liar memainkan peranan beliau. Mulalah terbayang kalaulah ada seseorang di sisi. Buka mata ja pepagi, nampak wajah kesayangan di sebelah. Nak tinggalkan katil pun semangat ja. Yala, nak sediakan sarapan untuk kesayangan. Memulakan hari dengan bersarapan berdua sambil ditemani gelak ketawa, aaaah bahagianya!

Selesai sarapan, mulalah otak ligat berfikir mana nak habiskan masa berdua bersama. Hujung minggu bukan? Takkan nak habiskan masa dirumah saja. Sekali sekala nak juga berdating di luar. Berdating di rumah, cukuplah malam hari dah ada. Bersiap macam nak pergi bercuti kat London padahal nak jejalan dekat taman permainan depan rumah ni ja pun. Indahnya rasa! 

Eh lalat ni, biarlah aku nak berangan kejap 

Kembali ke dunia realiti. Persetankan semua imaginasi liar tu. Layak sangatkah aku nak berangan tinggi sebegitu sedangkan nak bercinta pun masih gagal lagi? Apa kau ingat senang nak bercinta? Nak kena jaga hati pasangan lagi. Hati sendiri pun tak terjaga, apatah lagi hati orang lain.

Tipulah kalau aku tak jeles bila tengok kengkawan semua berpasangan. Tipulah kalau tak terdetik langsung di hati aku untuk bercinta lagi. Tipulah. Tapi malangnya, cerita lalu seakan akan menghalang rasa cinta untuk berputik lagi di hati. Aaaah terima kasihlah cinta lalu sebab buat aku rasa macam ni

Dan sekali lagi teh aku yang panas tu bertukar jadi sejuk. Erghh Tak sedap! Itulah, layan sangat angan angan fantasi kau! 

Dahla. Hadap kerja lagi bagus. Kerja siap, hati senang. Hadap angan angan tu, makan hati sendiri ja lah. 

Dan hari ini terasa seperti hari hari sebelumnya. Tiada yang lain Tiada yang istimewa


Thursday, December 11, 2014

Buang belakang dan Jalan ke hadapan

Hai hati hati yang terluka semua! Apa khabar hati awak hari ni? Makin sihat atau makin parah? Darah tu masih segar mengalir lagi ke? Hei janganlah macam tu. Kesianlah ke diri awak

Aaahh kau, cakap memanglah senang. Pernah kau rasa peritnya bila hati terluka? Pernah?

Hei kamonlah. Dari kecil lagi hati selalu terluka tahu. Bila tak terpilih masuk kumpulan Nasyid sekolah rendah, sedih. Bila kalah dalam pertandingan mewarna Bulan Kemerdekaan waktu Darjah 4, balik rumah dah menangis nangis. Bila nak beli aiskrim waktu Darjah 6 dan mak kau tak bagi sebab kau tak sihat, mulalah tarik muka. Mulut pun muncung macam itik dah. Tak ke hati terluka juga tu?

Tapi kenapa waktu tu kita senang sangat nak terus jalan ke depan tanpa berpaling ke belakang lagi?

Kalau cerita pasal cinta, takboleh lari lah dengan hati yang terluka. Entah kenapa, mungkin sudah sinonim agaknya. Cinta, bahagia, derita. Kekadang kau yang over lebih padahal pasangan kau tu rileks ja. Pasangan tak belikan Cornetto Blackforest, dah over cakap dia tak sayang kau dah. Padahal sebelum tu dah melantak dua bekas besar Baskin Robbins dah.

Itu belum cerita lagi bila nak sambut Hari Lahir. Wah demand kau, member dapat hadiah bear sebesar saiz Katil Queen, kau pun nak jugak satu. Bila pasangan tak belikan, mula lah kau nak meroyan cakap dah tak cinta la apa la. Padahal bulan lepas baru ja dia belikan seguni Mickey Mouse sempena Hari Konvokesyen kau.

Dalam bercinta jangan nak minta pelik pelik sangat. Mentang mentang dia sayangkan kau, kau pun mengada nak itu ini. Sekali dia tak tahan, angkat kaki, barulah kau nak menangis sengsorang. Sebulan jadi adik beradik panda. Pergi kelas dengan mata bengkak. Pastu kengkawan semua mulalah tegur rajin sangat study sampai tak tidur malam. Padahal dorang tak tahu yang memalam kau selalu berdrama bawah selimut sengsorang. Hmm

Itulah. Sapa suruh perangai macam hantu sangat? Hantu kot, mana ada orang nak kawan. Semorang bila nampak hantu ja terus langkah seribu.

Dan bila jadi macam tu, mulalah hati berdarah kembali. Waktu tu terasa macam dunia semua gelap gelita. Hidup pun macam hidup sengsorang ja padahal berjuta umat manusia ada kat Bumi ni. Waktu tu mulalah drama mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Eleh over ja semua tu. Padahal realitinya berat badan naik 10 kg masa tengah frust menonggeng.

Apa nak buat bila jadi macam tu? Hei sabarlah. Jangan ikut sangat perasaan kau tu. Kau ada akal kot. Perasaan mana ada akal. Ia hanya bertindak ikut apa yang kau fikirkan saja. Kalau dah fikir nak buruk buruk, negatif ja, perasaan pun samalah. Waktu tu mulalah adegan nak bunuh diri bagai. Apa kau ingat lepas kau bunuh diri tu dia nak balik ke kau? Eh kalau dia nak pun, kau dah mati kot? Kau ingat dia nak bercinta dengan hantu?

Jangan risau. Buang semua kisah kau dengan dia. Teruskan hidup kau tu. Kekadang kau tak rindukan dia pun, Cuma kenangan bersama dia yang kau rindukan. Jangan konfius. Jangan biarkan diri terus hanyut dalam kenangan lalu. Kamon! Ayuh jalan ke depan, tinggalkan yang tak guna tu di belakang.

Macam mana nak terus jalan ke depan dengan bergayanya? Salah satu caranya ialah kau boleh pakai kasut yang baik dan selesa untuk kau berjalan ke sana ke sini, maka kau boleh berjalan ke depan dengan bergaya dan yakinnya. Trylah!

Jangan gusar. Jangan gelisah. Cinta itu ada di mana mana. Cuma mungkin kau yang tak nampak. Yakinlah, akan sentiasa ada tangan yang menghulurkan kau cinta. Cuma kau lah, sudah bersedia atau belum nak sambut tangan tu?

Dan dalam hati kau tu, jangan pernah ada rasa dendam, tak puas hati dan seangkatan dengannya. Percayalah, itu semua sebenarnya tanda kau tak bersyukur dengan apa yang dah jadi. Dan realitinya, kau sendiri takkan pernah puas walaupun kau dah berjaya balas dendam ke dia. Kau akan sentiasa nak dan nak dan nak lagi. Biasalah, manusia mana pernah puas bukan?

Jadi, pada aku, cara yang terbaik untuk kau balas dendam ialah lepaskan dia secara perlahan lahan dan belajar terima kenyataan yang kau dan dia tak ada jodoh. Dan kau kena yakin bahawasanya ada seseorang yang sedang menunggu kehadiran kau di lain tempat. Mungkin esok, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan, kau akan bertemu dengannya. Jangan risau. Jodoh pasti bertemu satu hari nanti

Jadi sekatlah airmata itu. Laplah darah yang mengalir itu. Ayuh buang belakang semua cerita pedih itu dan mulakan melangkah ke hadapan dengan bergayanya!