Thursday, June 23, 2016

Cerita zaman sekolah

Aku terpanggil untuk tulis cerita ni bila terpandang satu video pendek di laman twitter tadi.

Hai. Kalau ditanya antara moment yang tak boleh nak lupa, aku akan jawab masa sekolah. Kalau tanya lagi, sekolah rendah ke menengah, aku rasa masa sekolah menengah kot. Sampai sekarang kalau teringat certain moment, mesti nak senyum sengsorang. Sejak sekolah rendah, aku antara pelajar yang cemerlang. Kalau ada hari anugerah tu, memang sentiasa la ada muka aku. Wah, hebat betul aku

Tapi bila masuk sekolah menengah, terus jadi kejutan budaya. HAHA, masuk asrama seawal umur 13 tahun bukan benda yang senang. Bagi aku la. Semua nak kena belajar buat sendiri, fuh mencabar jugak la. Aku pernah rasa nak lari balik, menangis weh lepas 6 bulan tak tahan sangat. Tapi entah macam mana, tak tahu semangat datang dari mana, gagahkan jugak habiskan 5 tahun kat situ. Wah, hebat betul aku!

Ceritanya, masuk sekolah menengah terus tak jadi pelajar cemerlang dah. Worst record, aku pernah dapat kedudukan 120++ dari 160 orang. Dan antara yang paling teruk cuba teka apa, subjek sains. Hehehe. Allahu, korang tak tahu aku punya tak suka belajar sains sampaikan tiap kali kelas sains ja, aku tidur dalam kelas. Tiap kali exam, memang merah la markah aku. Punya tak sedar diri, rasa useless dah dalam sains sampailah naik form 3, nak dekat PMR dah, entah semangat datang mana entah pulun belajar sains last minit. 

Seingat aku, cikgu wan yang ajar sains form 3, dari kelantan. Dia punya kerja keras la paksa aku bagi faham, gigih betul dia ajar. Sampailah last sekali keluar result PMR dapatlah A. Wah, hebat betul aku. 

Pastu kan ada fizik, kimia dengan biologi kan? Nekad betul aku waktu tu tak mau masuk kelas biologi. Salah satunya sebab kena belajar dan hafal term bebanyak. Haa, bila diingat balik aku paling tak suka belajar sains form 2 sebab belajar pasal mata hidung telinga semua tu, banyak weh kena hafal, kena faham. Sebab tu asyik tidur ja dalam kelas. Hihihihi

Dulu sekolah ada tiga aliran; sains tulen, sains agama dengan sains teknikal. Disebabkan aku tak mau masuk kelas biologi, aku takda pilihan lain selain kelas teknikal. Pernah juga terfikir nak tukar sekolah masuk akaun tapi tak jadi. So, teruskan ja la dengan kelas teknikal. Dan ini starting aku kenal bidang engineering. Weh seriuslah, aku tak pernah langsung terlintas nak jadi jurutera dan sampai sekarang aku tak boleh terima aku dah habis belajar dengan degree engineering. Like seriously

Dan cuba teka, antara subjek yang paling aku rasa seksa nak hadap waktu ni apa? HAHAHA fizik ok, fizik! Belajar segala pasal force, motion, light, gravity fuh, dah la benda tu kita tak boleh nak nampak. Benci betul, serius. Kalau yang lain cakap addmath susah, aku boleh cakap fizik lagi susah bagi aku. Well, at least dulu aku jadi tutor addmath walaupun kena maki jual ikan. Haish, aku memang fail sikit bab ajar orang ni haha sorrylah. Hmm tak sangka aku masih ingat lagi cerita jual ikan tu hahaha

Funnynya, kalau tak suka fizik tu, boleh la terima kalau tiap kali exam nak fail kan. Tapi tak, compare dengan kimia, markah fizik selalu lagi tinggi dari subjek kimia. Anehnya sebab dulu suka belajar kimia dari fizik. Rasa macam faham kimia lagi sebab kita nampak perubahan warna larutan semua tu tapi tu lah, pelik. Haa nak tahu, masa form 4 kot tak silap, daripada 21 orang pelajar, 3 orang ja kot yang lulus kimia. Dan aku bukan salah seorang daripada 3 tu hahaha hebat betul aku dulu

Itu baru aku buka bab kimia dengan fizik, tak lagi subjek lain. Tak cerita lagi moment masa kena masuk bengkel pemulihan la, kelas tambahan la, banyak sangat. Masuk form 5, dah pertengahan tahun baru rasa insaf sikit. Tapi sayanglah, aku terlepas certain peluang macam biasiswa/oversea sebab markah trial untuk SPM teruk sangat. Yelah, baru nak merangkak balik time tu. Lepas tu jeles tengok member lain dapat peluang macam macam dah. Huhuhu

Cuba teka macam mana aku overcome dengan semua ni, cover balik result aku. Taknak lah kan result SPM teruk nanti susah nak sambung belajar. Haaaa, nak buka rahsia ni tapi jangan cerita ke yang lain k? Hehehehe

Masa tu jugak ada gosip liar antara aku dengan adalah sorang student ni. Liar betul gosip tu sampaikan berlaku salah faham antara aku dengan kawan baik aku sendiri dan kami gaduh, tak bertegur walaupun satu kelas. Well, apa nak buat sebab malangnya lelaki tu dia pernah suka dulu dan tetiba keluar gosip aku dengan dia dan yang paling teruk sebab aku dulu pernah jadi posmen dia so, apa kau rasa? HAHAHAHA. Tapi tu la, budak tu sebenarnya antara yang pandailah jugak waktu tu, nak compare dengan aku yang kena hantar ke kelas pemulihan, tak ke rasa macam lawaknya. So, dari situ aku aim nak kena sama level dulu baru nampak adil kan? Tetiba datanglah semangat nak belajar bebetul walaupun waktu tu takda rasa suka ke apa ke budak tu. Tapi dah kawan sendiri pun dah tuduh cakap aku nak rampas crush dia so, why not buat bebetul kan? Allahu, jahat betul rasa waktu tu. HAHAHA. Sampaikan ada cikgu yang perli aku, tahu pasal gosip liar tu eh, liar betul gosip tu -_-'

Dan lepas semua yang jadi, Alhamdulillah, result aku tidaklah sebagus untuk terbang belajar kat luar tapi dapatlah peluang untuk sambung belajar. Terima kasihlah kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun secara tak langsung. 

Kena panggil masuk bilik pengetua sebab ada kes, curi-curi bawa phone biasalah, copy tanda tangan warden sebab nak balik, curi keluar senyap senyap dari sekolah tanpa kebenaran, curi curi keluar asrama 1 pagi sebab nak baring kat padang tengok bintang, sama-sama masak untuk sambutan raya haji ramai ramai kat sekolah, berjaga sampai 2 3 pagi kat padang sebab nak siapkan khemas untuk hari sukan, curi curi stay-up depan pintu bilik sebab nak siapkan lukisan pastu bila warden round, lari lintang pukang naik katil, sembunyi dalam locker sebab malas nak turun riadah petang, such a good memories indeed. Banyak lagi ni tak terlist, thank you guys! 

1 comment:

Mim Hasniyah Yusof said...

Baca cerita hang ni, serius teringat momen2 zaman asrama dulu. Rajin nu hang update blog. AKu sejak masuk uni dah malas. Hahaha.