Monday, April 25, 2016

Dulu dan sekarang; penulisan dan lisan

Aku suka baca balik entry yang pernah aku tulis sebelum ni. Kadang kala aku gelak sendiri bila baca, kadang kala aku lupa aku ada tulis cerita macam tu.

Aku mula menulis sejak umur 18 tahun. Waktu bosan kat rumah sementara tunggu result SPM nak keluar, aku create page blog aku sendiri selain daripada akaun twitter. Kenapa aku pilih untuk menulis di blogger? Sebab aku rasa macam ada sikit passion dalam diri aku untuk menulis.

Sejak dari zaman sekolah lagi, aku mula berjinak dengan penulisan. Aku mula mencuba untuk menulis sebuah cerita pendek, malangnya cerita itu takdapat nak dihabiskan kerana kekangan masa. Yalah, mana nak study lagi nak menulis lagi. Jadi aku pilih untuk biar ia terkubur macam tu ja.

Aku suka bercerita. Suka sangat. Mungkin sebab dari sekolah rendah, aku sering mewakili sekolah ke pertandingan bercerita. Seronok bila orang terhibur dengan cerita kita. Tapi kadang kala ada cerita yang aku tak reti nak bercerita secara lisan. Contohnya tentang soal hati. Jadi aku memilih untuk bercerita melalui penulisan.

Entry aku sebelum ni, banyak menceritakan tentang soal hati selain daripada kehidupan aku sendiri. Mungkin ada yang berfikiran negatif, mempersoal kenapa perlu nak cerita semua benda ke orang lain? Mula mula aku protes. Aku melawan. Biarlah kan, blog aku. Suka hati aku lah nak cerita apa pun kan?

Tapi makin lama, makin meningkat umur, aku sedar ada sesetengah perkara yang lebih baik disimpan sendiri saja. Ada cerita yang mungkin tanpa kita sedar, kita buka aib orang lain. Aku tahu itu salah. Jadi sekarang aku lebih berhati hati untuk bercerita. Tapi kalau ada yang terlepas pandang, terlepas cerita, mohonlah tegur. Aku cuma manusia biasa, tak lari dari buat salah.

Berbalik pada entry aku yang dulu dulu, aku lebih memilih untuk biarkan saja simpan kat sini. Buat apa nak padam? Aku fikir positif, mungkin sekarang bila aku terbaca balik, mula la segala kenangan lalu muncul balik. Aku tak nafikan, kadang kala teringat balik kalau baca HAHAHAHA tapi cerita dulu dulu dah habis. Jangan risau la, aku ni bijak la juga mengawal perasaan sendiri. Hehehehe.

Blog itu sendiri berfungsi untuk menyimpan kenangan/memori dulu. Tapi bergantunglah pada kegunaan blog tersebut. Ada yang memilih untuk promosi bisnes, ada yang buat iklan. Bagi aku, blog ini tempat untuk aku luahkan apa yang aku tak boleh nak luahkan secara lisan tapi masih penulisannya terkawal dan tertapis jadi, biarlah semua cerita ni ada ja kat sini. Mungkin itu perkara yang menggembirakan aku waktu tu jadi, aku coretkan sebagai kenangan. Dan itu tak bermakna aku kena padam balik cerita tu sebab sekarang bila aku ingat balik aku akan sedih. Tak.

Ada banyak cerita yang menggamit memori aku dulu. Misalnya, cerita 2 minggu sebagai pelajar IPG lepas tu aku berhenti HAHAHA, cerita zaman metrik; Program MRS, Kakom, keluar outing dengan roomate dan lain lain lagi, dan tak larilah dari cerita sirap limau. Well, kalau yang baca blog aku dari awal, aku rasa cerita sirap limau tu macam femes jugak la. Kahkahkah!

Aku pernah cuba untuk berhenti menulis. Berhenti bercerita kepada orang lain. Dan sesuatu terjadi. Pernah suatu ketika, aku hilang akal. Aku rasa marah dengan apa yang dah jadi. Aku rasa diri aku hilang. Aku murung tapi tak menangis. Aku nak bercerita tapi aku tak tahu macam mana nak cerita dan pada siapa. Aku memilih untuk pendam sendiri. Dua minggu aku diamkan diri, cakap pun sekadar Ya, Tak, Taktahu, Entah. Akhirnya aku memilih untuk menulis semula. Tapi tidak dalam blog sebaliknya aku coretkan dalam sebuah buku. Dua tiga coretan dan aku mula menangis. Baru terluah segala yang terpendam di hati dan aku rasa lega. Lepas tu aku rasa aku tak boleh berhenti menulis. Rasanya menulis ni salah satu cara/ubat untuk aku luahkan apa yang aku rasa kot. Huhuhu.

Gembira, sedih, excited, kecewa, marah, segala jenis rasa semua ada dalam ni. Makin aku dewasa, makin aku kenal dunia. Aku berubah. Ala, kalau compare gaya penulisan aku dulu dan sekarang pun, mesti nampak sangat beza. Sangat. Even aku pun tak kenal dengan penulisan aku dulu. Rasa macam betul ka aku pernah tulis macam ni HAHAHA. Jangan kata penulisan di blog, malah penulisan di media sosial, wasap, mesej, semuanya mula berubah.

Manusia memang akan berubah mengikut peredaran masa, mengikut keadaan. Kadang kala bukan dia pinta tapi keadaan sekeliling atau ceritanya masa lalu yang menyebabkan dia terpaksa berubah. Bagus jika perubahan itu ke arah yang lebih baik. Rugilah kalau perubahan itu ke arah yang lebih buruk. Even aku sendiri, aku nampak diri aku berubah. Ada yang ke arah kebaikan contohnya, aku dah boleh kawal panas baran aku tapi malangnya, ada juga ke arah keburukan contohnya, aku tak ada perasaan empati. Bukan sorang dua tapi dah ramai yang tegur aku macam tu huhuhu

Dan kadang kala aku rasa aku lebih ikhlas dalam penulisan kalau dibandingkan dengan lisan.

No comments: